GADONG, Sabtu 11 Jun - Bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar
bakal jemaah haji sentiasa mendapat syafaat, perlindungan, keselamatan dan
dipermudahkan segala urusan serta beroleh haji yang mabrur, Pasukan Polis Diraja
Brunei melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bagi
Bakal Jemaah Haji PPDB Tahun 1443/2022 di Surau Polis Gadong Pasukan Polis
Diraja Brunei.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis (CP)
PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali
bersama Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang
Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI).
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) PPDB, Yang Mulia Awang
Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Yang Mulia Mohamad
Amirruddin bin Haji Tunjang selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI), para
pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai
pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan
awam PPDB.
Seramai 6 anggota bakal haji PPDB telah menerima sumbangan yang disampaikan
oleh tetamu kehormat majlis.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau
Polis Gadong, Yang Mulia APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar
diikuti dengan penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji yang diraikan serta
diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI