Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBerita

  
  
  
16/03/2024 11:42

​BRUNEI-MUARA, Khamis 14 Mac – Pada awal pagi Khamis, satu cubaan membawa masuk barang tegahan melalui perairan telah berjaya dipatahkan hasil gerakan Operasi Sepadu Agensi Penguatkuasa Undang-Undang negara ini. 

IMG-20240316-WA0012.jpg

  
13/03/2024 08:55

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 7 Mac - Satu serbuan mengejut telah dikendalikan oleh pegawai dan keanggotaan daripada Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat beserta Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 07 Mac di salah sebuah bilik penginapan di kawasan Gadong

IMG-20240308-WA0156.jpg

  
07/03/2024 07:50

TEMBURONG, Isnin 4 Mac - Pada 4 Mac 2024, Pasukan Polis Simpanan ‘C’ Kompeni (Polis Hutan), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan satu operasi pencegahan jenayah berdasarkan maklumat perisikan di kawasan perhutanan Daerah Temburong yang dipercayai digunakan sebagai pusat pemunggahan dan pengedaran barang tegahan. 

IMG-20240305-WA0038.jpg

  
20/02/2024 14:56

GADONG, Sabtu 17 Februari - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-50 Tahun anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

IMG-20240217-WA0099.jpg

  
20/02/2024 14:28

GADONG, Jumaat 16 Februari - Bersempena Hari Puja Usia Ke-50 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei pada 16 Februari 2024. 

IMG-20240217-WA0004.jpg

  
20/02/2024 14:20

BRUNEI MUARA, Khamis 15 Februari – Dalam usaha untuk menanai tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan Negara Brunei Darussalam, Polis Marin (POLMAR) PPDB terus aktif dalam meningkatkan rondaan dan operasi bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah haram di perairan ini dari berleluasa. 

IMG-20240216-WA0036.jpg

  
13/02/2024 09:26

GADONG, Isnin 12 Februari - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pagi tadi telah mengadakan majlis ceramah bersempena memperingati Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang diadakan di Surau Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei. 

IMG-20240212-WA0059.jpg

  
11/02/2024 08:09

​TEMBURONG, Khamis 8 Februari – Pegawai dan Anggota Special Duty (SD) serta anggota peronda Balai Polis Bangar, Daerah Polis Temburong telah membuat pemantauan jenayah dari kawasan Pekan Bangar sehingga ke ujung jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddin (SHOAS) hala dari Temburong ke BSB.

IMG-20240210-WA0018.jpg

  
11/02/2024 08:07

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 7 Februari – Satu Operasi sepadu dinamakan ”OPS Tanjong” telah dikendalikan oleh Daerah Polis Brunei Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei dan disertai oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Biro Kawalan Narkotik ke atas sebuah rumah sewa beralamat di No. 5, Simpang 1626-162, Kg Tanjong Nangka. 

IMG-20240208-WA0040.jpg

  
03/02/2024 09:33

TEMBURONG, Khamis 1 Februari - Pada hari Khamis, 1hb Februari 2024, anggota-anggota Balai Polis Temburong Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menahan seorang warga tempatan dimana kejadian kejar-mengejar telah berlaku. 

IMG-20240202-WA0015.jpg

  
31/01/2024 14:22

​​​BRUNEI MUARA, Isnin 29 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei ingin memaklumkan dan memberi amaran kepada orang ramai tentang penipuan ’phishing’ dalam talian yang sedang berleluasa, yang memancing individu yang mudah percaya untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka dengan menarik mereka dengan tawaran atau 'lucky draw' yang tidak diketahui. Untuk penipuan khusus ini, PPDB ingin menekankan bahawa kerajaan tidak akan menawarkan sebarang bantuan kepada orang ramai melalui media sosial. 

IMG-20240131-WA0070.jpg

  
27/01/2024 09:16

​TEMBURONG, Khamis 25 Jan - Pada hari Rabu, 24hb Januari 2024, Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni (Polis Hutan) telah menjalankan satu Operasi Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan Hutan di kawasan perhutanan Daerah Temburong berhampiran sempadan Brunei-Malaysia. 

1706316855319.jpg

  
27/01/2024 09:08

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 24 Jan – Bersempena dengan sambutan 103 Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), satu Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja pagi ini khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah diadakan pada 24 Januari 2024 bertempat di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan. 

IMG-20240124-WA0068.jpg

  
22/01/2024 09:14

​BRUNEI MUARA, Sabtu 20 Januari – Pada 18 Januari 2024, Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan tiga serbuan di tiga lokasi yang dipercayai melibatkan kegiatan tidak bermoral. 

IMG-20240120-WA0047.jpg

  
20/01/2024 09:16

TEMBURONG, Khamis 18 Januari – Pada 17 Januari 2024, Pasukan Polis Simpanan ‘C’ Kompeni (Polis Hutan) telah menjalankan satu operasi pencegahan jenayah rentas sempadan hutan di kawasan perhutanan Daerah Temburong berhampiran sempadan Brunei - Malaysia. 

1705712634685.jpg

  
02/01/2024 22:14

GADONG, Ahad 31 Disember – Sempena memperingati Hari Polis ke 103 Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah mengendalikan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran di Surau Polis Gadong. 

IMG-20240101-WA0075.jpg

  
27/12/2023 19:44

​GADONG, Selasa 26 Disember - Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) seperti lazimnya telah mengadakan Majlis Penyampaian Derma bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi musim persekolahan tahun 2024. 

1703677232711.jpg

  
11/12/2023 10:17

​KUALA BELAIT, Jumaat 8 Disember – Majlis Penutup Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei telah diadakan pada hari Khamis, 7 Disember 2023. Program Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei bagi Institut Pengajian Tinggi, Maktab-Maktab, Sekolah-Sekolah Menengah dan Pendidikan Swasta senegara kali ke-38

IMG-20231210-WA0032.jpg

  
11/12/2023 10:10

​BRUNEI MUARA, Jumaat 8 Disember - Pada 8hb Disember 2023, Pasukan Polis Simpanan ‘C’ Kompeni (Polis Hutan), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan satu operasi pencegahan jenayah rentas sempadan hutan di kawasan perhutanan Daerah Brunei Muara berhampiran sempadan Brunei - Malaysia. 

IMG-20231209-WA0069.jpg

  
07/12/2023 10:58

BELAIT, Rabu 6 Disember - Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima satu aduan berkenaan laporan dipercayai seorang individu telah diserang buaya di kawasan Sungai Belait, pada 5 Disember 2023 sekitar jam 7 malam. 

IMG-20231206-WA0047.jpg

1 - 20Next