Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SEKATAN JALANRAYA TAHAN 3 INDIVIDU

​BRUNEI MUARA, Isnin 27 Julai - Antara lain objektif sekatan jalanraya dijalankan adalah bagi memastikan para pengguna jalanraya untuk sentiasa patuh, mengikuti peraturan-peraturan yang telah diperuntukan di samping menjalankan tugasan memantau, mencegah malah menahan sebarang perilaku yang melanggar undang-undang di negara ini. 

Terkini, hasil daripada sekatan jalanraya yang telah dijalankan oleh keanggotaan Jabatan Siasatan Kawalan dan Lalulintas, Pasukan Polis Diraja Brunei telah melaksanakan penahanan ke atas sebuah kenderaan beserta  3 orang individu (pemandu & penumpang) yang dipercayai membawa barang tegahan di kawasan Jalan Junjongan, Kampong Lumapas. 
 
Sejurus pemeriksaan dijalankan ke atas kenderaan berkenaan telah menemukan perkakas yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. Kedua-dua orang lelaki serta seorang perempuan warga tempatan antara yang ditahan semasa pemeriksaan tersebut. 
 
Pihak Biro Kawalan Narkotik (BKN) segera dihubungi bagi menjalankan siasatan dan mengambil alih penyiasatan kes. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Jabatan Siasatan Kawalan dan Lalulintas akan sentiasa berusaha dan tidak akan kendur-kendur dalam menanai serta melaksanakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan penduduk negara ini celik dan peka terhadap keselamatan dijalanraya. 
 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments