Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MAUT SEMASA MEMANDU

TUTONG, Isnin 2 Dis – Pasukan Polis Diraja Brunei mengesahkan satu kejadian kemalangan jalan raya telah berlaku pada pagi tadi dan telah meragut nyawa seorang lelaki warganegara tempatan berusia 41 tahun. 

Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima panggilan kecemasan tersebut ditalian 993 pada 2 Disember 2019 sekitar jam 6.47 pagi menyatakan ada kemalangan berlaku di kawasan Lebuhraya Penanjong Kem hala Ke Tutong. 
 
Sejurus maklumat diterima Pihak Polis beserta ahli Paramedik segera ke tempat kejadian bagi pengesahan siasatan dan bantuan kecemasan. Hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan telah melibatkan kemalangan sendiri dan seorang mangsa telah terlibat sama. 
 
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong dan telah disahkan meninggalkan dunia. Hasil siasatan lanjut yang dijalankan ke atas mangsa mendapati punca kematian disebabkan mengalami serangan jantung & meninggal dunia semasa memandu kereta. 
 
Di kesempatan ini, PPDB ingin menasihati kepada pengguna-pengguna jalanraya untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu dan sentiasa menitikberatkan aspek-aspek keselamatan semasa berada di jalanraya. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments