Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SEKATAN JALANRAYA MINGGUAN DAERAH POLIS BELAIT

2019-04-11 at 15.51 (1).jpeg

BELAIT, Rabu 10 April - Seorang pemandu telah dikeluarkan kompoun polis atas kesalahan lesen memandu mansuh dan seorang lagi dikeluarkan surat peringatan (Polis 190) kerana tidak membawa lesen memandu semasa sekatan jalanraya yang telah kendalikan oleh keanggotaan Balai Polis Panaga, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, semalam. 

Operasi sekatan selama 2 jam tersebut diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Panaga, Inspektor Mikhail bin Abdullah tertumpu di Jalan Tengah Seria kawasan berhadapanan Ibu Pejabat Polis Daerah Belait, Lorong 14 Panaga. 

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa menjalankan operasi seperti ini dalam meningkatkan kesedaran orang ramai dan kepentingan mematuhi segala peraturan lalulintas di negara ini. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments