Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
6 SUSPEK JUDI DIBERKAS




SERIA, Khamis 10 Januari – Seramai 6 orang suspek terdiri daripada tiga (3) warganegara tempatan, seorang (1) penduduk tetap dan dua (2) warganegara Bangladesh diberkas apabila disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian. 

Kordinasi antara keanggotaan Special Duties Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Seria telah berhasil membuat serbuan ke kawasan Kaki Lima Bangunan Koperasi Perniagaan & Perusahan Melayu Berhad, Jln Sharif Ali, Seria, berikutan hasil perkongsian maklumat yang diterima daripada orang awam mengenai perjudian yang digelar ‘ Kepala Bunga’.   

Kesemua suspek ialah ;  
 
1- Zulkepli bin Haji Basri (L.51 thn) warganegara tempatan. 
2- Roslan bin Duranoh (L.73 thn) warganegara tempatan. 
3- Ibrahim bin Haji Daim (L.59 thn) warganegara tempatan. 
4- Mustafa bin Abdullah @ Gui Teck Fah (L.45 thn) penduduk tetap. 
5- Akter (L.36 thn) warganegara Bangladesh. 
6- Jahedul Khan (L.30 thn) warganegara Bangladesh. 

Dalam serbuan tersebut telah berjaya merampas kesemua barangan bukti yang digunakan dalam perjudian berkenaan  termasuk wang tunai serta peralatan pemainan. Di samping itu, turut dirampas ialah barangan tegahan iaitu rokok sebanyak 439 bungkus terdiri daripada perbagai jenama yang ditemui semasa menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan-kenderaan suspek. 

Semua suspek yang ditangkap dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut. 
 
 
Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments