Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KURSUS I-LINK TRAIN THE TRAINER

interpol.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 2 November - Seramai 18 orang pegawai dari Pusat Biro Kebangsaan (NCB) INTERPOL terdiri dari sembilan anggota Negara ASEAN telah mengambil bahagian dalam Kursus Aplikasi I-Link Train The Trainer yang diadakan di Hotel Radisson , Bandar Seri Begawan.

Kursus selama 2 minggu itu telah dianjurkan oleh Interpol Global Complex For Innovation (IGCI) bersama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan telah dibuka rasmi oleh Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid pada 22 Oktober 2018.

Latihan kursus meliputi topik-topik seperti Notices and Diffusions dan memberikan gambaran mengenai keselarasan mekanisme INTERPOL dan penilaian data berkala. Sesi praktikal, mengubahsuai dan memadam borang dalam portal latihan I-Link yang diperkuat oleh peserta dalam menggunakan aplikasi dalam senario kehidupan sebenar.

Kursus sedemikian adalah salah satu rangka Projek Sunbird, INTERPOL iaitu dalam menjalankan aktiviti latihan mengenai penggunaan aplikasi I-Link di Brunei dan pembinaan kapasiti tiga tahun yang mensasarkan agensi penguatkuasa undang-undang anggota Negara ASEAN dalam meningkatkan kemahiran mereka ke atas keupayaan teras INTERPOL. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Kanada.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments