Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
07.10.18 - Operasi SEPADU mingguan sekatan jalanraya


TUTONG , Ahad 7 Okt - Daerah Polis Tutong , Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan Operasi Sepadu Sekatan Jalanraya di dua (2) tempat berasingan di Daerah Tutong semalam.

Operasi berkenaan telah dikendalikan dengan kerjasama anggota Jabatan Siasatan Kawalan dan Lalulintas (JSKLL), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD). 

Mengetuai operasi berkenaan, Pegawai Lalulintas Daerah Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Dk Husmawati bte Pg Hussin bersama Pegawai-Pegawai Menguasa dan Penolong Menguasa Balai dan ketua-ketua penguatkuasa undangundang di Daerah Tutong.

Hasil daripada dua (2) Operasi Sekatan Jalanraya itu telah menemukan;

KAWASAN KM 35 LEBUHRAYA TUTONG/MUARA ;

PPDB : 28 Kesalahan Kompoun
JPD   : 11 Kesalahan

* Mengubah suai kenderaan
* Tayar keluar Mudguard
* Keadaan Tayar yang tidak selamat untuk digunakan.

KAWASAN LEBUHRAYA KM 59.6 JALAN LEBUHRAYA TUTONG SERIA DAN JALAN LAMA TUTONG SERIA ;

PPDB : 3 kesalahan Doket
 : 18 kesalahan Kompoun

JPD    : 6 Kesalahan

BKN    : 2 kesalahan

* Tidak mempunyai lesen memandu
* Tidak di lindungi insurans
* Cukai jalan mansuh.
* Kesalahan melebihi muatan



Semasa operasi sekatan tersebut Pihak BKN telah berjaya menahan dua (2) orang warganegara tempatan seorang lelaki dan seorang perempuan di percayai ada terlibat dengan kesalahan dibawah Akta Peyalahgunaan Dadah penggal 27.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa mengerakkan operasi sepadu sedemikian di setiap minggu bagi memastikan penduduk setempat atau orangawam akan sentiasa mematuhi segala peraturan-peraturan di jalan raya semasa memandu dan dapat menghindari daripada sikap lalai dan cuai semasa memandu.


Dikeluarkan Oleh :
Unit Perhubungan Awam
Pasukan Polis Diraja Brunei
Attachments