Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Maklumat dan Tip Keselamatan


1. Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan media sosial seperti Facebook?

  • Jangan berikan password kepada sesiapa & selalu ditukar.

  • Simpan maklumat persendirian secara peribadi (private).

  • Pastikan mana-mana akaun seperti Facebook dibuat “Private”.

  • Cuma terima “friend requests” dari orang yang anda kenali & “Add friends” orang yang benar anda kenali.

  • Jangan memaparkan apa-apa “post” yang anda tidak mahu ibu-bapa anda atau cikgu anda tahu atau melihatnya.

  • Belajar mengenai privacy settings.

  • Tutup chat atau keluar chatroom sebaik sahaja anda tidak berasa selesa dengan perbualan tersebut.

  • Katakan “Tidak” dengan tegas jika seseorang mengajak anda untuk berjumpa walaupun seseorang itu anda kenal melalui chat agak lama.

  • Maklumkan ibu-bapa, kakak/abang atau cikgu jika sesuatu telah terjadi.

  • Gunakan nickname yang tidak menunjukkan nama sebenar, jantina atau umur anda.

  • Menghantar gambar atau video hanya kepada orang yang anda kenali.

  • Pastikan telefon bimbit tidak diletakkan ditempat yang boleh diambil orang.

  • Meminta kebenaran dari ibu-bapa sebelum memberikan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor akaun.

2. Bagaimana pindaan baru Dharar Syarie boleh membantu anda?

​Anda boleh membuat aduan kepada:-

 1.    Pihak Polis (Talian 993 atau Balai Polis berdekatan)

 2.    Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); atau

 3.    Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga

        -     Anda boleh tinggal di rumah perlindungan (Kompleks Rumah Kebajikan) jika anda tidak berasa selamat di rumah.


        -     Anda boleh memohon Perintah Perlindungan (PO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.


        -    Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada perintah tersebut, jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.


        -    Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.


        -    Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh dihukum oleh mahkamah.

3. Bagaimana anda boleh membantu mangsa keganasan rumahtangga?

  • Sebagai seorang kawan, nyatakan kepadanya yang dia bukan keseorangan. Wanita teraniaya sering merasakan bahawa tiada sesiapa untuk mereka mengadukan masalah. Berterus-terang dengannya, nyatakan syak anda dan galakkan mereka supaya meluahkan masalahnya.
  • Jadilah "rakan telefon". Wanita sering terasing dan tidak dibenarkan keluar.
  • Membaca dan mengedar risalah serta maklumat kepada mereka. Bincangkan perkara ini dengan orang lain. Anda dapat menolong dengan lebih banyak jika anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah ini.
  • Berbincang dengan wanita tersebut tentang pilihan yang boleh diambil dan bantu mereka membuat rancangan yang boleh digunakan sekiranya ada kecemasan.
  • Tunjukkan kepercayaan dan sokongan anda tidak kira apa jua keputusannya.
  • Berikan dia dan anak-anaknya tempat berehat pada waktu tengahari atau petang ketika waktu ketegangan.
  • Menyediakan pengangkutan bagi mereka ke pusat perlindungan atau rumah yang selamat.
  • Menolongnya menjaga anak-anaknya semasa beliau berjumpa dengan peguam atau menghadiri perbicaraan, mencari rumah, kerja dan lain-lain.
  • Menemani mereka ke perbicaraan di mahkamah dan mengambil nota serta menunjukkan sokongan anda.
  • Bantu beliau mencari rumah.
  • Bantu beliau memindahkan barang-barang sama ada dari rumahnya atau dari rumah perlindungan ke kediaman barunya.
  • Menelefon pihak polis dengan segera sekiranya anda terdengar jiran yang teraniaya / dipukul.

4. Petunjuk mengesan Perdagangan Manusia?

  • Adakah mangsa memiliki pengenalan diri dan dokumen perjalanan (paspot); jika tidak, siapakah yang memegang dokumen-dokumen tersebut?
  • Adakah mangsa diajar / dilatih mengenai apa yang harus diberitahu kepada penguatkuasa undang-undang (anggota polis, buruh dan imigresen)?
  • Adakah mangsa direkrut / diambil untuk satu tujuan /pekerjaan dan dipaksa untuk membuat kerja yang lain? 
  • Adakah gaji mangsa dipegang / dipotong tanpa sebab-sebab yang munasabah?
  • Adakah mangsa dipaksa untuk melakukan hubungan seks?
  • Adakah mangsa mempunyai kebebasan (bergerak)?
  • Adakah mangsa atau keluarganya diancam dengan kemudaratan jika mangsa cuba melarikan diri?
  • Adakah mangsa diancam dengan tindakan diusir/ dibuang negara atau tindakan penguatkuasaan undang-undang?
  • Adakah mangsa dicederakan / didera atau mengalami kekurangan makanan, minuman, tidur, rawatan perubatan atau keperluan hidup yang lain?
  • Bolehkan mangsa menghubungi rakan-rakan atau keluarganya pada bila-bila masa?
  • Adakah mangsa di bawah umur 18 tahun dan telah terlibat atau berniat untuk melibatkan diri dalam kegiatan seks komersial (pelacuran)?
  • Adakah mangsa dibenarkan untuk bergaul atau menghadiri perhimpunan / upacara keagamaan?

5. Safety Rules For Bringing Liquids, Aerosol And Gels In Hand Carried Luggage For Passenger On International Flights.

  • Every liquid, aerosol or gel which are hand-carried must not be above 100ml or 100grm. It must be carried in a visible or transparent plastic bag  with the capacity of 1 litre. The plastic bag must be sealed tightly and each passenger is only allowed to carry one plastic bag of the quantity of 1 ltr.

  • You may still carry prescription medicines through the screening point. Baby product and non-prescription medicines that you need for the flight are also allowed. However, proof of need may be required.

  • Any liquid, aerosol or gel which are more than 100ml (100grm) is allowed via check-in baggage. Please prepare your plastic bag beforeyou check-in. This will provide you ample time to put any containers that are too big in your check-in baggage instead.

 

#       You may carry liquids by following these simple steps:  Before check in:-

  • Sort through any liquids, aerosol and gels that you plan to take with you on the flight. If possible, do this before you leave for the airport.

  • All liquids, aerosol and gels that you intend to take in your carry-on baggage must be in containers 100ml in volume or smaller. (This is about equal 100gm in weight).

  • Any counters larger than 100ml will need to be packed into your check-in baggage or left behind.

  • Partially filled containers larger than 100ml will not be accepted.

  • Place the containers that you want to take in your carry on baggage into a transparent, re-sealable plastic bag.

  • The bag must be on greater than one litre in size, for example 20x20cm or 15x25cm. You can purchase these bags at supermarket or airport retailers.