Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Pesuruhjaya PDB terima Anugerah Bintang Bhayangkara Utama

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, baru-baru ini, telah diberi pengiktirafan tertinggi dalam Pasukan Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) apabila menerima Anugerah Bintang Bhayangkara Utama yang dianugerahkan oleh Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo.

Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan pada 14 Februari lalu di Auditorium STIK- PTIK Jakarta, Indonesia di mana anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua POLRI, Yang Terhormat Jenderal Polisi Dato Paduka Seri Dr. Andas Haji Mohammad Tito Karnavian.

Bintang Bhayangkara Utama adalah anugerah tertinggi dalam Pasukan POLRI yang diberikan khas kepada individu yang banyak memberikan sumbangan dalam kerjasama memerangi jenayah serantau dan antarabangsa.​


P5-2E_220218-1.jpg 
 Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy semasa menerima Anugerah Bintang Bhayangkara Utama di Jakarta, Indonesia.
 


Petikan Akhbar: Media Permata.

Attachments