Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Kegiatan judi berjaya dipatahkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb – Pasukan Polis Diraja Brunei telah berjaya menumpaskan kegiatan perjudian sekali gus menahan tiga orang warga Malaysia yang disyaki terlibat dalam mengendalikan kegiatan perjudian di kawasan Kampung Kilanas. Tangkapan dibuat dalam serbuan yang dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah yang bertindak atas maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan perjudian jenis mesin permainan (gaming). Dua daripada warga Malaysia yang ditangkap berkenaan adalah pemegang pas pekerja manakala itu, seorang lagi pemegang pas pelawat.

P6-1A_070218 (1).jpg 
Antara mesin-mesin yang dirampas digunakan untuk kegiatan perjudian.

P6-1B_070218.jpg

Komputer riba yang digunakan untuk berjudi turut dirampas semasa serbuan.


Dalam serbuan itu, pihak polis telah menjumpai dan merampas sembilan mesin permainan dan enam komputer riba mengandungi pelbagai jenis program permainan perjudian seperti Slot dan SCR888. Kesemua suspek ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 – kesalahan melibatkan pengendalian tempat perjudian, Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28. Pasukan Polis Diraja Brunei turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi kegiatan perjudian dalam talian bagi bersama-sama meningkatkan usaha untuk membanteras jenayah perjudian.


Petikan Akhbar: Media Permata.

 

Attachments