Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Operasi Sepadu: 93 kesalahan direkodkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Sebanyak 93 kesalahan telah direkodkan dalam Operasi Sepadu yang diungkayahkan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei bersama tiga jabatan iaitu Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Jabatan Pengangkutan Darat semalam. Operasi Sepadu itu melibatkan 71 anggota JSKLL, sembilan orang anggota dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan seramai tujuh orang dari Jabatan Pengangkutan Darat. Operasi berkenaan diketuai oleh Ketua Bahagian Operasi & Penguatkuasa, DSP Hamri Aslan bin Haji Abu Hanafiah dan Ketua Unit Penguatkuasa, ASP Pengiran Omar Ali bin Pengiran Haji Mansur.

P6-C_010118.jpg 
 ​Operasi Sepadu turut giat dijalankan di Daerah Belait diadakan di Jalan Bypass Mumong dan Jalan Tengah Seria.


Sementara itu di Daerah Belait, seramai 20 orang anggota JSKLL Belait terlibat dalam pemeriksaan sekatan jalan raya yang bermula pada kira-kira jam 8:30 malam. Pemeriksaan yang diketuai oleh ASP Muhd Fadhillah bin Haji Ibrahim tersebut telah diadakan di dua tempat iaitu Jalan Bypass Mumong dan Jalan Tengah Seria. Tujuan operasi yang berlangsung semalam adalah bagi menyedarkan para pengguna jalan raya mengenai undang-undang negara, termasuk undang-undang berhubung kastam. Secara amnya, operasi berkenaan adalah bagi memastikan para pengguna akan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.​


Petikan Akhbar: Media Permata

Attachments