Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Majlis Ramah Mesra bersama Komandan Polis Wanita

ANA MASNAH 6.jpg 
 
​ YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dijunjung untuk menandatangani slip lembaran keberangkatan.


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 September. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang anjuran Polis Wanita Pasukan PDB. Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna di Dewan Bankuet Mes Pegawai, lbu Pejabat Polis Gadong dijunjung oleh Pegawai Penguasa Kanan Polis, Dayang Masni binti Haji Jamil selaku Pengerusi Majlis dan Ahli-Ahli Jawatankuasa majlis berkenaan.

Majlis Santap Petang itu merupakan suatu penghargaan ke hadapan majlis YTM selaku Komandan Polis Wanita, dari Polis Wanita, Pasukan PDB. Seramai 300 anggota Polis Wanita termasuk pegawai, jemputan-jemputan khas, anggota pangkat rendah serta kakitangan awam menghadiri majlis tersebut yang terdiri dari pelbagai jabatan, formasi dan daerah polis seluruh negara. Sebelum berangkat meninggalkan majlis tersebut, YTM berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemputan khas dan pegawai serta anggota Polis Wanita dan kakitangan awam.


-Pelita Brunei


Attachments