Skip Ribbon Commands
Skip to main content
PDB laksanakan ibadah korban

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 September. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB)  mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi yang dianjurkan oleh Badan Ugama Islam Pasukan PDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong di sini ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam. 

Turut hadir, Penolong Pesuruhjaya Polis, Awang Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad selaku Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis serta Pengarah-Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai, anggota dan warga Pasukan PDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan takbir Hari Raya dipimpin oleh Imam surau berkenaan, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir dan diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban oleh tetamu kehormat. Pada tahun ini Pasukan PDB mengorbankan lima ekor sapi dari seramai 35 peserta terdiri dari warga Pasukan PDB dan warga awam. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam surau tersebut.


-Pelita Brunei

Attachments