Skip Ribbon Commands
Skip to main content
104 anggota PDB terima PKL

‚Äč2 - Terima PKL .JPG
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam menyempurnakan penyampaian 
Pingat Kerja Lama kepada anggota PDB di Auditorium Ibu Pejabat Polis Tungku Gadong.


Seramai 104 orang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 20 tahun atau lebih telah dikurniakan Pingat Kerja Lama (PKL) pada Sabtu, 6 Mei 2017.


Menurut Kenyataan dari PPDB bahawa hadir menyempurnakan penyampaian pingat berkenaan pada majlis yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat PPDB, Tungku, Gadong ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam.


Turut hadir, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Mohammad Irwan bin Haji Hambali serta para pegawai kanan, para pegawai dan anggota PPDB.


Pingat tersebut adalah bagi mengenang jasa perkhidmatan anggota PPDB yang telah menunjukkan prestasi kerja yang sangat baik dengan rekod yang bersih yang menjadi syarat bagi disokong untuk dikurniakan pingat berkenaan.


Attachments