Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Bersama bersihkan tanah berkuburan

‚Äč1.jpg
 SEBAHAGIAN kempen membersikan tanah perkuburan oleh Balai Polis Kampong Ayer dan Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Putat.


Tanah Perkuburan Islam Kampung Baong Putat dan Tanah Perkuburan Islam Palokan Kampung Putat kini kelihatan bersih setelah kempen membersihkannya dijalankan bersama Pegawai dan anggota Balai Polis Kampung Ayer bersama Ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Putat.


Menurut Kenyataan dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), aktiviti kebajikan dan keagamaan disertai Ketua Kampung Putat, Haji Jumat bin Akim dan Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer, Inspektor Muhd. Marzuqi Koo bin Abdullah.


Aktiviti yang diadakan pada Isnin, 8 Mei 2017 adalah bagi merapatkan hubungan di antara PPDB dan masyarakat serta sebagai salah satu aktiviti Pengawasan Kejiranan yang dianjurkan oleh Balai Polis Kampong Ayer.


Attachments