Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Tahlil Sempena Hari Polis Ke-96


Sempena memperingati Sambutan Ke-96 Tahun Penubuhan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Arwah telah berlangsung pada Khamis, 5 Januari 2017 di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis tersebut adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam.

Juga hadir, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, SAC Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir.

Lebih 300 anggota polis terdiri daripada pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan polis, ahli-ahli pangkat rendah serta kakitangan awam PPDB yang hadir pada majlis berkenaan.

Kemuncak acara Sambutan Hari Polis tahun ini ialah Majlis Perbarisan Hari Polis Ke-96 di samping acara-acara lain.​​​

Attachments