Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Wujudkan kesepaduan orang-orang kampung

B. 15.04.2017 PK Tmburong .jpg
RONDAAN pencegahan jenayah dijalankan di kawasan penurunan perahu di kampung berkenaan bagi memastikan tidak ada kejadian 
penyeludupan barang-barang tegahan atau kemasukan orang secara yang tidak shah.


Untuk mewujudkan kesepaduan anak-anak buah kampung dalam sama-sama menjaga keselamatan kawasan kejiranan dari sebarang aktiviti jenayah dan kurang sihat, Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar, Daerah Polis Temburong, baru-baru ini, menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama dengan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Puni.


Rondaan pukul 9 malam itu diketuai oleh Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Daerah Polis Temburong, Inspektor Reynold @ Daniell Chin.


Turut serta dalam operasi tersebut ialah Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merusin selaku penasihat PK; Ketua Kampung Menengah, Mejar (B) Ampuan Husain bin Ampuan Mattahir dan pemangku ketua Kampung Puni selaku pengerusi PK dan timbalan pengerusi PK Puni.


Rondaan yang dijalankan sehingga larut malam berkenaan juga bertujuan untuk menjamin suasana yang aman demi kesejahteraan hidup secara berjiran.


Operasi berkenaan bermula ke kawasan-kawasan kampung bagi memastikan kawasan berkenaan dalam keadaan selamat dan aman, sebelum diteruskan ke kawasan penurunan perahu di kampung berkenaan bagi memastikan tidak ada kejadian penyeludupan barang-barang tegahan atau kemasukan orang secara yang tidak sah.


Attachments