Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Seorang wanita bunuh diri

​BERAKAS , Rabu 25 Julai - Pasukan Polis telah mengesahkan satu laporan berhubung seorang wanita meninggal dunia yang di terima oleh Balai Polis Berakas melalui talian kecemasan 993 pada 25 julai 2018 sekitar jam 8.22 malam di kawasan Kampung Sungai Akar, Berakas.

Siasatan awal telah mendapati seorang wanita warganegara Brunei berumur 38 tahun berbangsa cina telah didapati terbaring tidak sedarkan diri di luar kawasan bangunan tempat kejadian dan telah di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh ahli paramedik bertugas.

Pada ketika ini Pihak Polis masih berusaha mengumpul bukti-bukti berhubung kes ini bagi mengetahui punca kejadian berlaku. Orang ramai terutama sekali saksi-saksi yang mengetahui tentang kejadian ini disarankan agar dapat tampil bagi memberikan kerjasama kepada Pihak Polis bagi membantu siasatan.

Attachments