Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Lawatan kerja Pesuruhjaya Polis ke Daerah Polis Temburong

​Lawatan PJP Ke Daerah Polis Temburong A.JPG
 â€‹PERBARISAN dimulakan sejurus ketibaan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam di Daerah Polis Temburong.


Daerah Polis Temburong telah menerima kunjungan pertama Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) beserta rombongan dari Ibu Pejabat Polis dalam siri lawatan kerja Pesuruhjaya Polis ke Daerah-Daerah Polis, yang berlangsung pada Selasa, 11 April 2017, di Daerah Polis Temburong.


Sejurus ketibaan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam di Daerah Polis Temburong, upacara Perbarisan Pesuruhjaya Polis telah dimulakan dan diketuai oleh Pegawai Siasatan Jenayah dan Lalulintas, Daerah Polis Temburong, Penolong Penguasa Polis Percubaan, Pengiran Haji Md. Saiful Ariff bin Pengiran Haji Duraman. 


Setelah itu, taklimat kemudian disampaikan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Penguasa Polis Matusin bin Haji Jumat antaranya mengenai penugasan kepolisan mengikut struktur yang telah diatur oleh Ibu Pejabat Polis dengan perincian setiap keanggotaaan, aset-aset, strategi-strategi pencegahan dan pembenterasan jenayah, serta keupayaan dalam menangani satu-satu situasi yang boleh mengancam keselamatan penduduk daerah-daerah.


Taklimat juga menerangkan mengenai kerjasama di antara agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang serta Pengawasan Kejiranan di daerah dan cabaran-cabaran yang dihadapi pada masa kini dan masa akan datang.


Matlamat lawatan adalah bagi mengetahui keupayaan khidmat kepolisan di Daerah Polis, mengenalpasti akan cabaran-cabaran serta isu-isu yang dihadapi oleh Daerah Polis, mengkaji semula aset yang ada serta aset yang akan diperlukan, serta meninjau kebajikan pegawai-pegawai dan anggota-anggota di Daerah Polis.


Perkara-perkara yang disampaikan kepada peringkat atasan secara bersemuka akan lebih 'transparent' tanpa ada 'red tape' dan pihak atasan dapat merespon secara spontan berdasarkan kepada dasar-dasar dan peraturan-paraturan Pasukan yang ada pada masa ini. Manakala, pegawai-pegawai dan anggota-anggota pangkat rendah dapat menyampaikan aspirasi dan ekspektasi kepada peringkat Ibu Pejabat secara lebih telus dan terbuka.


Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan lawatan di sekitar Daerah Polis Temburong dan Balai Polis Bangar serta ke Pos Polis Mukim dan Pos Kawalan Polis di bawah jagaan Daerah Polis Temburong yang mana ianya berfungsi untuk memberikan khidmat kepolisan dan memberi bantuan kepada masyarakat di Daerah Temburong.

Attachments