Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Ceramah praktikal menghalusi solat

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 16 Mei - Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengendalikan satu ceramah mengenai praktikal menghalusi solat menurut Ahli Sunah Wal Jama’ah yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Tetamu Kehormat pada majlis tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali, Pengarah-Pengarah Jabatan serta Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.


WhatsApp Image 2018-05-16 at 4.54.17 PM.jpeg

Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam selaku tetamu kehormat

 


Penceramah undangan ialah Yang Mulia Dr Haji Adanan bin Haji Basar, Pemangku Raes Kolej Universiti Peguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam PPDB di mulakan dengan ceramah oleh penceramah undangan dan seterusnya di ikuti oleh penerangan dan tunjuk cara praktikal bagi menghalusi tatacara solat menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Attachments