Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Operasi bongkar kegiatan tidak bermoral
BANDAR SERI BEGAWAN , Selasa 3 April - Kegiatan yang tidak bermoral telah terbongkar dalam satu Operasi Serbuan yang dijalankan oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat,Jabatan Siasatan Jenayah , Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dalam serbuan tersebut, seorang wanita warganegara Vietnam penama Luong Thi Sen telah berjaya ditahan kerana dipercayai menjalankan kegiatan yang tidak bermoral dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan sejumlah bayaran. Saspek berkenaan menjalankan kegiatan tersebut di salah sebuah bilik penginapan Hotel dikawasan Kiulap, Bandar Seri Begawan.

Turut ditemui oleh Pihak Polis semasa serbuan tersebut beberapa barang bukti seperti wang tunai hasil daripada bayaran dari pelanggan dan sejumlah kepingan kondom yang disembunyikan oleh saspek. Saspek kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22 yang membawa hukuman denda tidak kurang $500 dan tidak melebihi $5000 dan juga penjara yang boleh mencapai tempoh satu tahun. Manakala jika didapati melakukan kesalahan kali kedua atau seterusnya membawa hukuman denda tidak kurang $1000 dan tidak melebihi $10,000 dan penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun.

Pasukan Polis ingin menegaskan bahawa pihak berkenaan tidak akan bertolak ansur dalam membasmi kegiatan berunsur maksiat dan jika didapati terlibat, maka tindakan tegas akan dijalankan ke atas yang sesiapa sahaja yang menawarkan khidmat tersebut dan juga pelanggan berkenaan.

Dalam pada itu, Pasukan Polis juga menyarankan kepada masyarakat awam agar tidak terjerumus dengan sebarang kegiatan yang tidak bermoral ini kerana negara ini tidak pernah sekali kali membenarkan unsur-unsur negatif sedemikian yang bertujuan untuk merosakkan sendi-sendi keharmonian masyarakat ini bertapak di Negara Brunei Darussalam.

Oleh itu, kerjasama orang ramai adalah sangat diharapkan bagi mengkongsikan sebarang maklumat dengan menghubungi terus ke Pasukan Polis Diraja Brunei di talian kecemasan 993 atau memaklumkan terus ke balai-balai polis yang berhampiran untuk tindakan lanjut.

Attachments