Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Operasi Sepadu serentak 4 daerah

​BRUNEI DAN MUARA, Ahad 1 April - Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Daerah-Daerah Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN) serta Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) telah melaksanakan Operasi Sepadu semalam Sabtu 31 Mac 2018.

Operasi Sepadu telah serentak dijalankan di ke empat-empat Daerah dimana bagi Operasi di Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Operasi dan Penguatkuasa, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Awang Hamri Aslan bin Haji Abu Hanafiah serta Ketua Unit Penguatkuasa, Penolong Penguasa Polis Pengiran Omar Ali Bin Pengiran Haji Manshor, Jabatan Siasatan Dan Kawalan Lalulintas. Didalam Operasi Sepadu ini juga melibatkan seramai 178 Pegawai dan anggota dari kesemua agensi.

Secara keseluruhan jumlah kesalahan yang telah diperolehi sejak Operasi Sepadu dijalankan bermula 22 Mac sehingga 31 Mac 2018 sebanyak 265 kesalahan kompoun dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, 32 kes kesalahan dibawah Akta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, 26 kes kesalahan dibawah Akta Jabatan Pengangkutan Darat, 7 kes kesalahan dibawah Akta Biro Kawalan Narkotik serta 21 kes dibawah kesalahan Akta Bahagian Penguatkuasa Ugama.

Objektif utama dalam operasi ini adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang diperuntukkan keatas agensi agensi yang terlibat dilaksanakan dan dipatuhi bagi mencapai matlamat bersama dalam membendung, mengesan dan membentras kegiatan jenayah di negara ini.

Juga secara tidak langsung meningkatkan lagi kerjasama persahabatan diantara kesemua agensi penguatkuasaan dalam menjalankan bidang kuasa masing-masing.

PDB juga menasihatkan kepada orang ramai supaya akan sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalulintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang dijalankan keatas mereka.

Attachments