Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
BUNGKUSAN BERISI BARANG TEGAHAN DIJUMPAI

TEMBURONG, Isnin 9 Mei – Sebanyak 72 botol dan 312 tin minuman keras pelbagai jenama telah berjaya dirampas oleh pihak polis pada 8 Mei 2022. 

Di samping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, strategi rondaan dan pemantauan pencegahan jenayah yang dikendalikan oleh Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei masih lagi dikekalkan dengan menumpukan kepada kawasan-kawasan panas yang dipercayai sering berlaku kegiatan-kegiatan jenayah seperti jenayah penyeludupan. 

Semasa insiden penemuan yang berlaku di kawasan Kampong Bokok, pegawai penyiasat dan peronda yang menjalankan rondaan telah menemukan beberapa kotak plastik yang mencurigakan ditinggalkan di kawasan persimpangan jalan. Sejurus menjalankan pemeriksaan, kotak-kotak tersebut dipercayai mengandungi barangan tegahan iaitu minuman-minuman keras. 

Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bangar bagi siasatan awal dan seterusnya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

PPDB serta agensi-agensi penguatkuasa akan sentiasa komited dalam arena tugasan pengesanan dan pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan di kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments