Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI SEKATAN JALAN RAYA

​TUTONG, Khamis 5 Mei - Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan operasi sekatan jalan raya di kawasan KM 1 Jalan Lamunin Daerah Tutong. 

Sekatan jalan raya yang diketuai oleh Inspektor Pg Muhammad Waie bin Pg Abdullah Sani bersama 6 anggota Balai Polis Lamunin. 

Hasil daripada sekatan jalan raya yang dijalankan mendapati 1 kesalahan kompaun telah dikeluarkan melibatkan lesen memandu yang mansuh. 

Di sepanjang operasi sekatan sebanyak 35 kenderaan telah diperiksa melalui pendekatan Stop & Search dan Stop & Talk bagi tujuan interaksi, mewujudkan kepercayaan, menjalinkan persahabatan yang tulus dalam kalangan masyarakat awam dan pihak polis. 

Di kesempatan dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, PPDB ingin mengingatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada, berhati-hati dan sentiasa peka semasa dalam pemanduan bagi mengelak sebarang insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Operasi seumpama ini akan sentiasa di kendalikan bagi memastikan perundangan negara tetap dan sentiasa dipatuhi selalu.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments