GADONG, Ahad 1 Mei - Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis [PEKERTI]
telah mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran PEKERTI 1443H / 2022M di
Surau Polis Gadong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi menyemarakkan Bulan
Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah
Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, Isteri Pesuruhjaya Polis PPDB selaku Yang Di
Pertua PEKERTI.
Turut hadir Yang Mulia Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong
selaku Pengerusi PEKERTI dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI serta ahli-ahli dari cawangan PEKERTI.
Majlis Tadarus dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Supt Hajah Norputemah binti Haji Puteh, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan doa
sebelum membaca Al-Quran yang diketuai oleh Ustazah Norliza binti Abdul Jalil.
Seterusnya bacaan Al-Quran yang bermula Juzuk ke 30 serta bacaan Takhtim
beramai-ramai dan diakhiri dengan doa khatam yang dibawakan oleh Puan Hjh
Hazlina binti Haji Mohammed.
Aktiviti keugamaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara
semua ahli PEKERTI dan di samping itu menggalakkan membaca Al-Quran terutama
di dalam bulan yang mulia ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI