Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI TASKFORCE COVID-19

BRUNEI MUARA, Khamis 13 Jan - Sebanyak 30 katon barang tegahan rokok dan sebuah motosikal telah dirampas hasil daripada rondaan Operasi Sepadu Task Force Covid-19 yang dijalankan pada waktu malam 12 Januari 2022 di kawasan hutan semak Kg Menunggol, Daerah Brunei Muara. 

Operasi berkenaan melibatkan keanggotaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). 

Semasa menjalankan rondaan, pasukan peronda telah mendengar bunyi-bunyian bising dipercayai daripada beberapa ekzos motosikal. Pasukan peronda kemudiannya menghampiri kawasan berkenaan dan mendapati kelibat beberapa individu sedang memunggah barang yang mencurigakan. Sejurus mengetahui akan kehadiran pasukan peronda, individu-individu berkenaan terus melarikan diri dan telah meninggalkan sebuah motosikal serta satu bungkusan kotak dipercayai barang tegahan. 

Keanggotaan Balai Polis Kg Ayer, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) segera dimaklumkan bagi menjalankan siasatan mengenainya. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan ke atas penemuan kotak tersebut mendapati sejumlah 30 katon rokok ditemui di dalamnya. Kesemua barang rampasan termasuk sebuah motosikal diserahkan ke pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

PPDB bersama agensi penguatkuasa undang-undang yang lain akan terus memerangi jenayah rentas sempadan sepertinya tanpa ada sebarang kompromi dan berusaha dibanteras hingga ke akar umbi.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments