Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
JANGAN INGKAR DAN PATUHI ARAHAN KERAJAAN

​BERAKAS, Sabtu 11 Sept - Pihak Kerajaan amat serius terhadap perintah yang telah dikeluarkan untuk sentiasa berada di rumah dan kawalan pergerakan dari membuat sebarang aktiviti-aktiviti berkumpulan. 

Larangan perintah ini adalah amat penting bagi masyarakat awam bagi memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyokong dan membantu kerajaan dalam melaksanakan pengekangan penularan wabak COVID-19 ini dengan sebaiknya. 

Namun demikian, masih ada lagi yang degil dan ingkar akan perintah berkenaan seperti satu rakaman video yang telah tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu dan beberapa kenderaan berada di kawasan Perindustrian Kg Salambigar dipercayai sedang berkumpul dan bermain layang-layang. 

Oleh yang demikian, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Berakas telah menjalankan pemantauan dan operasi mengejut di kawasan berkenaan pada 11 September 2021 sekitar waktu petang dan telah berhasil menemukan sekumpulan individu sedang bermain layang-layang dan seorang daripadanya telah pun diambil tindakan kompaun kerana melanggar Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. 

Justeru, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menegaskan kepada orang ramai agar sentiasa patuh dan akur dengan arahan pihak kerajaan berhubung langkah-langkah keselamatan terhadap wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini. 

Di samping itu, jika ada didapati sesiapa yang melanggar atau ingkar akan mana-mana arahan yang dikeluarkan maka ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 dan akan dikenakan denda kompaun sebanyak BND100 bagi kesalahan tanpa memakai pelitup muka, BND5,000 bagi kod merah pada kod kesihatan aplikasi BruHealth bagi mereka yang mempunyai simptom COVID-19 dan mempunyai kontak dengan orang yang positif virus tersebut. Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments