Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI SEPADU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

BELAIT, Selasa 13 Julai - Sebanyak dua (2) lokasi berasingan telah menjadi tumpuan empat (4) agensi penguatkuasa undang-undang negara ini, hasil daripada operasi sepadu yang telah dikendalikan malam semalam 12 Julai 2021 bertempat di kawasan tadahan Kuala Belait. 

Kolaborasi operasi tersebut terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) iaitu Balai Polis Kuala Belait, Balai Polis Panaga, Balai Polis Seria, Jabatan Perisikan Jenayah PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) seramai 61 orang yang melibatkan pegawai dan juga anggota. 

Hasil daripada pemeriksaan dan operasi yang dijalankan telah menemukan beberapa kesalahan yang melibatkan barangan tegahan serta membuat penahanan ke atas beberapa individu bagi siasatan lanjut. 

JKED : 6 orang ditahan melibatkan warganegara asing dipercayai memiliki barangan tegahan rokok. 

JIPK : 29 orang lelaki warganegara asing didapati memiliki kad pengenalan yang telah mansuh. 

Manakala terdapat 6 orang lagi telah dikeluarkan Pas Khas (Special Pass) kerana telah melanggar Akta JIPK. 

Kesemua penahanan dan barang rampasan dibawa ke jabatan masing-masing bagi tindakan lanjutan. 

Agensi-agensi penguatkuasa akan sentiasa teguh terhadap penekanan undang-undang di negara ini dalam matlamat yang utama iaitu bersama membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba untuk meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahupun keamanan di negara ini. 

PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan kepada orang ramai akan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.


Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments