Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KEMALANGAN LANGGAR LARI

BRUNEI MUARA, Khamis 3 Jun - Satu kemalangan sebuah kenderaan mengakibatkan kecederaan telah berlaku pada 1 Jun 2021 sekitar jam 11 pagi di kawasan Jalan Lebuhraya Hassanal Bolkiah, Daerah Brunei dan Muara. 

Sejurus maklumat diterima, keanggotaan Balai Polis Bandar Seri Begawan (BSB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan siasatan dan telah mendapati insiden tersebut merupakan kemalangan yang melibatkan dua (2) buah kenderaan, di mana kenderaan mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan lain lalu melarikan diri. 

Berikutan kejadian tersebut, siasatan secara terperinci telah dijalankan beserta hasil kerjasama daripada saksi mata yang turut membantu pihak polis sehingga berjaya menemukan kenderaan berkenaan beserta pemandunya (suspek) bagi menjalani siasatan lanjut. 

Menerusi insiden sedemikian, suspek boleh didakwa di bawah; 

1- Seksyen 31 Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 - Kegagalan pemandu kenderaan memberikan bantuan kepada orang yang tercedera dan jika sabit tertuduh akan dihukum penjara selama satu (1) tahun beserta denda sebanyak $8000 ringgit. 

2 - Seksyen 33(6) Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 - Gagal untuk berhenti dan memberikan bantuan. 

3- Seksyen 33 (7) Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 - Gagal untuk berhenti dan memberikan bantuan hasil daripada kemalangan serta mengakibatkan kejadian parah ataupun kematian. Jika sabit kesalahan tertuduh akan dihukum penjara selama 12 bulan beserta denda sebanyak $3000 ringgit. 

PPDB ingin menegaskan dan menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalanraya yang telah ditetapkan dan jangan sesekali memandu laju melebihi had yang dibenarkan, sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu sama ada membuat panggilan ataupun membuat pesanan ringkas.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments