Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLIS BERKAS PENYELUDUP

​TEMBURONG, Selasa 1 Jun - Sebuah kenderaan jenis salon bersama pemandu berjaya ditahan kerana telah didapati membawa barangan tegahan hasil daripada operasi sekatan jalanraya yang telah dijalankan di kawasan persimpangan Jalan Bukok, Daerah Temburong. 

Operasi berkenaan telah dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama keanggotaan Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). 

Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan barang tegahan iaitu 3 katon rokok. Suspek merupakan seorang warganegara tempatan berumur 56 tahun dan telah dibawa ke Balai Polis Bangar bagi menjalani siasatan awal sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi penyiasatan selanjutnya. 

PPDB memohon kerjasama orang ramai bagi membantu pihak berkuasa dalam memerangi jenayah penyeludupan serta mengongsikan apa jua maklumat berkaitan aktiviti yang melanggar peruntukan perundangan melalui talian-talian kecemasan pihak penguatkuasa undang-undang di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments