Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PERCUBAAN SELUDUP GAGAL

TEMBURONG, Ahad 4 April - Strategi rondaan dan pemantauan jenayah yang berterusan keanggotaan Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) membuahkan hasil bilamana percubaan untuk membawa masuk barangan seludupan tegahan berjaya digagalkan semalam. 

Kegiatan berkenaan terbongkar berikutan pemantauan yang dilakukan di kawasan kebun Kg Piasau-Piasau, Daerah Temburong pada 03 April 2021 sekitar jam 10 malam. Semasa kejadian, pasukan peronda terserempak dengan dua (2) buah kenderaan yang didapati keluar daripada jalan kebun dalam keadaan mencurigakan dan terus memecut lari apabila mengetahui kehadiran pihak polis. 
 
Kenderaan-kenderaan tersebut telah berjaya ditemui di mana sebuah daripadanya terlibat di dalam kemalangan dan pemandunya telah melarikan diri. Manakala sebuah kenderaan lagi berjaya ditahan bersama pemandu dan seorang penumpang di kawasan jalan Kg Labu Estate. 
 
Kenderaan, penemuan barang-barang mencurigakan serta dua (2) orang suspek dibawa ke Balai Polis Bangar bagi menjalani siasatan awal dan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

 Hasil daripada pemeriksaan telah menemukan sejumlah; 
 
1- 13 kotak berisi daging mentah (tongkeng ayam) 
2- 16 karton minuman keras 
3- 15 karton rokok 
4- Sejumlah produk kosmetik dan kecantikan 
5- Lain-lain pelbagai barangan seperti kopi, minyak urut serta topi jenis trucker hat 
 
PPDB serta agensi penguatkuasa undang-undang lain akan terus komited menjalankan usaha membanteras, merisik serta membuat pemantauan berterusan ke atas sebarang kegiatan jenayah yang berlaku berhampiran sempadan-sempadan Negara Brunei Darussalam. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments