BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 7 Jan – Bersempena dengan penubuhan 100
Tahun, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis bertahlil bagi
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum
Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak
Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di Kubah
Makam Diraja.
Tetamu kehormat majlis pada petang itu Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato
Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Pengiran Dato Seri
Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid beserta para pengarah,
pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan awam PPDB.
Bacaan tahlil di majlis tersebut dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong,
Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu acara yang telah
disusun oleh pengurus bahagian keugamaan bagi menyemarakkan lagi sambutan
penubuhan 100 tahun PPDB bagi tahun 2021.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI