Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SERANGAN JANTUNG MENYEBABKAN KEMALANGAN

TUTONG, Khamis 15 Oktober – Kemalangan sebuah kereta yang berlaku di kawasan Lebuhraya Tutong/Muara pada jam 11:08 pagi tadi adalah disebabkan oleh mati mengejut yang mana pemandu seorang lelaki warga tempatan sedang dalam perjalanan balik kerumah di Kg Penanjong.

Apabila memasuki susur jalan untuk masuk ke Kg Penanjong pemandu dipercayai mendapat serangan jantung, lalu tidak sedarkan diri menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal lalu merempuh penghadang jalan. 

Kejadian ini diketahui setelah seorang pemandu lori melalui jalan tersebut lalu berhenti setelah mendapati sebuah kereta mendapat kemalangan. Beliau mendapati pemandu kenderaan tersebut masih berada dalam kenderaan dengan keadaan tidak sedarkan diri dan enjin kenderaan masih hidup.

Dalam kemalangan ini harta benda kerajaan tidak ada terlibat. Kecederaan yang di alami ialah patah tangan dipercayai akibat hentakan sewaktu kemalangan berlaku. Bagaimanapun ini bukan punca kematian pemandu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bukan berpunca akibat dari kemalangan jalan raya.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments