Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
GIAT MENJALANKAN PROGRAM PENGAWASAN KEJIRANAN (PK)

​RABU, 14 Oktober - Penglibatan Pengawasan Kejiranan yang dikelola oleh Pasukan Polis Diraja Brunei giat menjalankan program pendekatan serta rondaan bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif mencegah jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan kampung di negara ini. 

Balai Polis Pusat BSB telah mengadakan permuzakarahan yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara, Penguasa Polis (SUPT) Pg Muhaimin bin Pg Haji Mustapha bersama pegawai-pegawai dan anggota tadahan Daerah Polis Brunei Muara ke rumah kediaman Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis selaku Penghulu Mukim Kota Batu dan dihadiri bersama Ketua-Ketua Kg Mukim Kota Batu. 

Perisian yang dibincangkan merangkumi hal ehwal semasa dan perkembangan kampung, kerjasama dalam penyaluran maklumat serta berkongsi pandangan dan pendapat mengenai kepentingan keselamatan kampung masing-masing. 

Di samping itu, usaha yang sama turut dijalankan oleh beberapa balai polis beserta anggota balai yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis masing-masing dalam program pendekatan ke rumah-rumah penghulu dan ketua kampung seperti di Daerah Brunei dan Muara; Mukim Sg Kebun, Kg Lumapas A dan B, Kg Sungai Bunga, Kg Panchor Murai, Kg Kiulap, Kg Menglait, Kg Bunut Perpindahan, Kg Pengkalan Batu, Kawasan 3 RPN Rimba dan di Daerah Tutong; Kg Bukit Sulang, Kg Menengah Lamunin, Kg Birau, Kg Bukit Beruang dan Daerah Belait; Rumah Panjang Teraja. 

Bagi sama-sama menyahut program PK dalam rondaan pencegahan, balai polis di seluruh daerah aktif menjalankan rondaan bersama ahli PK kampung masing-masing terutama di kawasan perumahan, kawasan sekitar bangunan dan kampung yang dipercayai menjadi sasaran kegiatan jenayah.

Rondaan akan sentiasa dijalankan secara berterusan dari masa kesemasa bersama ahli-ahli PK bagi tujuan melahirkan persekitaran kampung atau tempat yang lebih selamat. Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa bekerjasama dengan Pengawasan Kejiranan dalam menaiktaraf strategi dan tindakan bagi membanteras kejadian jenayah.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments