Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
JUDI MELIBATKAN WARGA ASING

​MUARA, Khamis 10 Sept - Sebuah kediaman yang mengendalikan perjudian haram di kawasan rumah pekerja binaan di Jalan Pantai Serasa, Kg Serasa digempur dan telah menyaksikan seramai 7 orang kaki judi ditahan menerusi serbuan yang dijalankan pada sekitar waktu malam 10 September 2020. 

Operasi serbuan dijalankan oleh keanggotaan daripada Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).  
 
Kesemua kaki judi yang ditahan berusia lingkungan antara 24 hingga 62 tahun di mana 5 suspek lelaki serta 2 suspek wanita merupakan warganegara asing. 
 
Serbuan pada malam ini melibatkan permainan dipercayai jenis judi kolok-kolok yang merangkumi kertas permainan perjudian, dadu serta wang tunai taruhan dipercayai hasil daripada perjudian haram. 
 
Kesemua suspek beserta peralatan-peralatan yang digunakan untuk perjudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi dijalankan siasatan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menegaskan kepada masyarakat awam bahawa mengadakan atau mengendalikan sebarang acara keramaian yang melibatkan kegiatan perjudian adalah ditegah sama sekali bahkan ianya menyalahi undang-undang di negara ini. 
 
Di samping itu juga, sebarang kegiatan perjudian yang diadakan tidak akan menunjukkan sebarang impak positif terhadap pembangunan masyarakat bahkan ianya lebih parah dan akan sahaja mendatangkan kesan-kesan negatif sekaligus menjadikan sesebuah masyarakat tersebut mengamalkan nilai-nilai yang tidak baik dalam kehidupan seharian mereka.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI



Attachments