Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KEGIATAN PERJUDIAN DISERBU

​BRUNEI MUARA, Khamis 30 Julai - Kegiatan perjudian ditumpaskan dengan penahanan seramai 16 orang lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah kediaman di kawasan Jalan Jerudong Baru, Kg Tanjong Nangka, Daerah Brunei Muara. 

Dalam serbuan sekitar jam 12 tengah malam itu telah mengaktifkan keanggotaan daripada Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat bersama Unit Siasatan Pecah Rumah dan Curi Kereta, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berikutan daripada risikan dan intipan awal yang telah dijalankan sebelumnya sehingga berhasil membuat serbuan berkenaan. 

Kesemua suspek merupakan dari kalangan warga tempatan yang berusia di antara 17 sehingga 60 tahun dipercayai sedang leka bermain perjudian katam-katam. 
 
Turut ditahan semasa serbuan ialah 5 orang anggota beruniform yang dipercayai turut terlibat dengan kegiatan tersebut. 
 
Melalui serbuan itu juga, pihak polis telah berjaya merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian seperti dadu, wang tunai, kain untuk permainan katam-katam dan kong (tempat penyimpanan dadu permainan). 
2020-07-30 at 08.48 (1).jpeg
 
Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi menjalani siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei menegaskan kegiatan judi merupakan racun masyarakat yang perlu dibendung dengan sewajarnya. 
 
Implikasi terhadap kegiatan ini merangsang kepada pengaruh yang sangat negatif sehingga boleh merosakkan institusi masa depan diri sendiri mahupun kehidupan bekeluarga. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments