Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
AKTIVITI CURI GAHARU TUMPAS

​TEMBURONG, Ahad 5 Julai - Tiga (3) orang individu terdiri daripada 2 warga tempatan dan seorang (1) warga Indonesia ditahan dalam operasi rondaan keanggotaan Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni,  Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semalam. 

Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 32 ke 34 tahun yang telah dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kayu gaharu di kawasan hutan di Kampong Puni, Daerah Temburong. 
 
Kegiatan kesemua suspek dikesan hasil usaha yang berterusan daripada maklumat orang ramai dan pemantauan yang dijalankan oleh Pihak Polis sehingga berjaya membuat penahanan beserta penemuan barang-barang bukti. 
 
Ditemukan di tempat kejadian ialah kem berteduh para suspek, perkakas-perkakas seperti parang, gergaji rantai, sejumlah pahat ukir dipercayai digunakan untuk mengambil kayu gaharu. 
2020-07-06 at 09.11 (1).jpeg
 
Kesemua suspek dan barang rampasan ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bangar, Temburong dan akan berdepan dengan pertuduhan di bawah Akta Hutan Penggal 46. 
 
Dalam masa yang sama Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa meningkatkan usaha melalui perkongsian maklumat penduduk kampung dalam sama-sama memastikan hutan negara ini sentiasa terpelihara daripada pencerobohan serta pencurian hasil negara. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments