Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MUZAKARAH PK KE MUKIM BERAKAS

​BERAKAS, Sabtu 4 Julai - Tanggungjawab sesama berjiran mampu melahirkan satu budaya kekitaan serta nilai yang positif dalam pembinaan sahsiah insan yang terpuji. Ianya bukan sahaja terkesan terhadap diri sendiri bahkan menular dan mempengaruhi ke dalam komuniti sesebuah masyarakat yang ingin melihat sikap persefahaman, pemedulian, bantu membantu serta kerjasama sentiasa wujud dalam kehidupan seharian sesama berjiran. 

Pembentukan sifat-sifat terbaik akan membangkitkan semangat kehidupan berjiran yang bukan sahaja menumpukan kepentingan tali persaudaraan malah isu keselamatan dan keamanan merupakan agenda yang dititikberatkan kebelakangan ini. 

Sehubungan itu, berpaksikan program Pengawasan Kejiranan (PK) yang diperkenalkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sedang berusaha bagi membantu mencapai matlamat tersebut. 

Terkini, satu pendekatan permuzakarahan diteruskan dengan rondaan pemantauan telah dikendalikan oleh Balai Polis Berakas melalui PK bersama Pmk Ketua Kampung Panca Delima/Kg OKBI/Kg Anggerek Desa Berakas/Kg Pulaie Mukim Berakas ‘A’ dibeberapa kawasan tadahan ketua Kg. 

Hadir ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis (P/ASP) Muhammad Alif bin Haji Musa beserta keanggotaan PK Balai dan Yang Mulia Awang Haji Zulkifli bin Haji Awang Ya’akub (Pmk Ketua Kampung). 

Perbincangan semasa permuzakarahan adalah tertumpu terhadap keadaan jenayah di kawasan perkampungan serta merancang program aktiviti-aktiviti PK bagi bulan-bulan mendatang. Di samping itu, rondaan pemantauan turut dijalankan jalan masuk / keluar kawasan Kg Delima Satu.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI



Attachments