Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PERCUBAAN PENYELUDUPAN TERUS DIGAGALKAN

​LIMAU MANIS, Khamis 2 Julai - Operasi Sepadu COVID-19 yang dikendalikan oleh keanggotaan Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berhasil mematahkan lagi percubaan membawa masuk barangan tegahan iaitu berupa rokok.  

Operasi dijalankan melalui rondaan perimeter di lokasi-lokasi perbatasan sempadan Negara Brunei Darussalam dengan negara jiran telah membuat penemuan sejumlah 478 katon rokok pelbagai jenama di kawasan jalan tikus Kg Kuala Lurah. 
 
Penemuan barang tegahan telah dipunggah keluar dari tempat kejadian dan telah dibawa ke Balai Polis Limau Manis PPDB bagi dijalankan siasatan. Turut ditemukan ialah barangan peribadi individu-individu dipercayai dalang kepada kegiatan ini yang berhasrat untuk cuba membawa masuk barangan tegahan tersebut ke dalam negara ini. 
 
Kesemua barangan rampasan beserta kertas penyiasatan akan diambil alih oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan selanjutnya. 

2020-07-03 at 13.40 (1).jpeg
 
Dalam hal ini, PPDB beserta agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang lain akan sentiasa teguh meningkatkan keupayaan masing-masing dalam memperkasa usaha kerajaan bagi sama-sama membanteras, mengesan dan juga menangani isu-isu berkaitan dengan jenayah rentas sempadan untuk ditangani sehingga ke akar umbi. 
 
Operasi Rondaan Sepadu COVID-19 yang sangat mencabar akan sentiasa utuh dan tidak akan kendur-kendur dalam menanai hasrat negara bagi memastikan anasir-anasir negatif dan berupa jenayah diluputkan dengan sehabisnya. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments