Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KES FATAL, KEMALANGAN SEBUAH KERETA

​KUALA BELAIT - Pada 22 Jun 2020 jam 8.05 pagi, talian kecemasan polis 993 menerima panggilan telefon dari orang awam yang mana memaklumkan ada kemalangan sebuah kereta terbalik di kawasan lebuhraya Seria menghala ke Lumut. Mangsa seorang perempuan penduduk tetap berbangsa Cina. 

Punca kemalangan masih dalam siasatan, namun makluman awal yang diterima menyatakan kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan semasa hujan lebat. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait untuk rawatan lanjut. Doktor bertugas telah mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala.

Pasukan Polis Diraja Brunei, ingin mengingatkan orang awam agar memandu dengan had yang ditetapkan terutama sekali sewaktu hujan lebat.


Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments