Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
CUBAAN SELUDUP GAGAL

2020-05-19 at 21.16 (2).jpeg

LIMAU MANIS, Selasa 19 Mei -  Sejumlah bungkusan barangan tegahan telah dirampas oleh keanggotaan Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semasa rondaan yang dijalankan bersama anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Operasi Sepadu COVID-19 di Simpang 2302 Kg Junjongan, Limau Manis. 
 
Hasil daripada Operasi yang dijalankan telah berhasil menemukan sebuah kenderaan yang mencurigakan ditinggalkan tanpa pemandu beserta 9 bungkusan yang dipercayai berisi beberapa kotak kopi jenama Brazilian Pronto 3 in 1 yang tersenarai bagi penarikan balik produk makanan yang dicemari bahan terkawal di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam (Makanan) (P1 Penggal 182). 
 
Semasa menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menemukan 2 bungkusan yang tersimpan di dalam kereta dan selebihnya berselerak di kawasan kebun yang cuba diseludup masuk melalui jalan tikus. 
 
Barang-barang tegahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Limau Manis dan peralihan siasatan akan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED). 
 
PPDB melalui Pasukan Simpanan Polis C Kompeni akan sentiasa menjalankan operasi dan rondaan di kawasan-kawasan sempadan negara ini dalam usaha menangani jenayah-jenayah rentas sempadan. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments