Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
CURI TONG GAS DIJATUHKAN HUKUMAN

​SERIA, Selasa 24 Mac - Seorang lelaki tempatan ditahan oleh keanggotaan Balai Polis Panaga, PPDB kerana disyaki mencuri satu tong gas di sebuah kediaman di kawasan Jalan Parak Kg Panaga. 

Siasatan awal mendapati pada 22 Mac 2020, mangsa telah menyedari satu tong gas yang diletakkan di belakang dapur rumahnya telah hilang dipercayai dicuri. Menurut mangsa, beliau mengesyaki suspek kerana pada waktu itu hanya suspek sahaja yang ada tinggal di rumah. 
 
Suspek turut mengakui telah menjual tong gas tersebut kepada orang lain dengan harga BND20 dan menggunakan wang tersebut untuk membeli rokok dan dadah. 

2020-03-24 at 22.07.39 (1).jpeg
 
Muhammad Khairul Azmi bin Suhaili berumur 20 tahun, tidak mempunyai pekerjaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan bagi pendakwaan di bawah Seksyen 403 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu pelesapan harta secara tidak jujur. 
 
Pihak Mahkamah telah menetapkan hukuman terhadap suspek iaitu pemenjaraan selama 3 bulan di Penjara Maraburong bermula 24 Mac 2020. 
 
Oleh itu, PPDB ingin menegaskan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah dan menyalahgunakan harta milik orang lain untuk kepentingan diri sendiri yang menyalahi undang-undang di negara ini. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments