Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
INDIVIDU MUAT NAIK VIDEO BERUNSUR NEGATIF DITAHAN

BELAIT, Jumaat 20 Mac - Seorang pemilik akaun media sosial Instagram bernama ‘zrainjay’ telah berhasil ditahan oleh keanggotaan Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi membantu siasatan terhadap satu video yang dimuat naik di status Instagram yang mengandungi unsur-unsur negatif berkenaan pengawalan wabak COVID-19 yang dialami negara pada masa ini. 

Video yang berdurasi sekitar kira-kira 35 saat tersebut telah menimbulkan reaksi dan sentimen yang kurang sihat kepada orang ramai bahkan mengandungi elemen-elemen tidak senonoh dan ketidakpuasan hati. Berikutan kejadian tersebut, PPDB telah menjalankan risikan dan membuat pemantauan bagi menjejaki individu sehingga berhasil membuat penahanan. 
 
Suspek tersebut bernama Mohammad Norhadzrin bin Mohammad Jamain berumur 22 tahun dan tidak bekerja. 
 
Suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan pada 21 Mac 2020 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan Kecil Penggal 30 iaitu kesalahan perkataan yang tidak senonoh atau kata kesat dan sebagainya yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sebanyak $500. 
 
Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menetapkan bagi tertuduh dilepaskan dengan jaminan mahkamah dan akan dibicarakan selanjutnya pada 28 Mac 2020. 
 
PPDB mengambil serius akan perkara sedemikian dan tidak akan teragak-agak bagi mengambil tindakan undang-undang dan dihadapkan ke muka pengadilan bagi sebarang individu yang cuba atau melakukan jenayah sepertinya. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​

Attachments