Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
AKUR ARAHAN PIHAK KERAJAAN

​BRUNEI MUARA, Jumaat 20 Mac - Kerjasama orang awam amat diperlukan pada ketika ini dalam sama-sama berganding bahu bagi menyahut seruan kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan dalam mengawal dan menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui peruntukan di bawah Seksyen 63 Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 akan memberikan bantuan sepenuhnya dalam menguatkuasakan akta tersebut. 
 
Di samping itu juga, PPDB ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pindaan kepada Perintah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 (Pindaan) 2020 sepertimana yang diperjelaskan bahawa sesiapa yang didapati melanggar atau ingkar akan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan seperti mengadakan perkumpulan di mana-mana tempat yang dilarang atau keluar semasa perintah kuarantin, maka ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 yang mana boleh membawa kepada denda sehingga $10,000 dan penjara sehingga tempoh 6 bulan atau kedua-duanya sekali. 
 
Berikutan dengan pindaan perintah akta tersebut, PPDB akan meningkatkan rondaan bagi memastikan arahan ini dipatuhi dan orang ramai adalah disarankan untuk mematuhi serta melaksanakan peranan dan tanggungjawab selaku penduduk negara ini terutama sekali mematuhi semua arahan serta larangan yang ditetapkan sepanjang tempoh ianya berkuatkuasa dengan tidak mengadakan dan melakukan sebarang aktiviti-aktiviti perkumpulan di tempat-tempat awam dan persendirian bagi mengelakkan daripada penularan wabak COVID-19 ini. 
 
Jika ada diketahui atau terdapatnya maklumat mengenai perlanggaran arahan tersebut, orang ramai adalah disarankan untuk segera mengongsikannya serta menghubungi ditalian kecemasan pihak polis iaitu 993 bagi tindakan yang sewajarnya.



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments