Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAWASAN KEJIRANAN

Selasa, 11 Feb – Kerjasama Pihak polis bersama penduduk kampung dieratkan lagi melalui program kesukarelawan iaitu Pengawasan Kejiranan (PK) yang dikelola sepenuhnya oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan berterusan membuat aktiviti rondaan pencegahan jenayah di beberapa tempat yang telah dirancang.   

Antara program Pengawasan Kejiranan yang dijalankan adalah daripada ahli PK Kampung Belimbing bersama keanggotaan Balai Polis Pusat, antara aktiviti pada malam berkenaan menjurus kepada rondaan pencegahan jenayah yang menumpukan di kawasan sekitar Kampung Belimbing. Turut menjalankan rondaan PK ialah PK Kampung Jaya Setia / Kampung Burung Pingai Berakas bersama keanggotaan Balai Polis Berakas dan juga ahli PK dari Kampung Lubuk Pulau Tutong yang disertai oleh keanggotaan Balai Polis Tutong. 

2020-02-14 at 14.11 (4).jpeg
 
Di sepanjang rondaan pada malam tersebut tidak ada menemukan sebarang aktiviti atau perkara-perkara yang mencurigakan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara ini. 
 
Di samping rondaan pencegahan jenayah, beberapa program pendekatan telah dikendalikan oleh keanggotaan PPDB yang ditugaskan seperti Focal Point Balai Polis Berakas iaitu membuat pendekatan dan pemuzakarahan ke Rumah Pemangku Ketua Kampung Pancha Delima / Kampung Anggerek Desa, Mukim Berakas ‘A’. Focal Point Balai Polis Kuala Belait menjalankan program pendekatan bersama Pemangku Ketua Kampung Pandan B dan Pandan C dan Focal Point Balai Polis Tutong membuat pendekatan kepada Pemangku Ketua Kampong Lubuk Pulau. 
 
Inisiatif yang diusahakan ini perlu berterusan sebagai pendekatan terbaik masyarakat dengan pihak Polis bagi tujuan melahirkan persekitaran kampung atau tempat yang lebih selamat demi mengukuhkan kerjasama di kalangan masyarakat akan kepentingan menjaga keselamatan dari berlakunya jenayah. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments