Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
CURI DOMPET DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

BERAKAS, Selasa 11 Feb - Tindakan seorang perempuan warga tempatan mencuri dompet di salah sebuah kedai di Rimba Point akhirnya memakan diri apabila pihak Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan memutuskan hukuman denda wang tunai sebanyak BND1500 dan jika gagal membayar dalam tempoh sehingga 11/03/2020 akan dijatuhkan hukuman penjara selama 2 bulan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 380 iaitu curi dalam bangunan. 

Kejadian tersebut berlaku pada 08/02/2020 sewaktu mangsa mengemas barang-barang jualan di tempatnya bekerja, mangsa mendapati dompet miliknya yang mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai sebanyak BND$460.00 di dalam beg tangannya telah hilang. 
 
Menyedari kehilangan dompet mangsa, mangsa segera melaporkannya ke Balai Polis Pusat BSB dan bertindak atas maklumat, siasatan dijalankan hingga berjaya menahan seorang warga tempatan bernama Dayangku Fartina binti Pengiran Metussin, 31 tahun merupakan salah seorang pekerja syarikat swasta. 
 
Menurut keterangan lanjut, suspek ada ternampak satu beg tangan yang tidak tertutup di bawah meja di dalam kedai tersebut. Dengan peluang yang ada, suspek terus mengambil dompet yang berada di dalam beg tangan mangsa dan beredar menuju ke Tandas Awam Wanita Rimba Point untuk memeriksa dan mengambil kesemua wang tunai lalu membuang dompet itu ke dalam tong sampah berhampiran dengan surau Rimba Point. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei menasihati orang ramai agar sentiasa memastikan barangan peribadi dijaga dengan baik bagi mengelak berlaku kehilangan atau kecurian. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments