Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAWASAN KEJIRANAN

BRUNEI MUARA, Jumaat 10 Jan - Pengawasan Kejiranan (PK) anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) merupakan program penuh yang melibatkan masyarakat dan pihak polis. Program PK itu berfungsi selaku penggerak dalam membangunkan masyarakat dengan melaksanakan aktiviti berbentuk kunjungan dan lawatan dalam agenda utama iaitu perkongsian maklumat terhadap jenayah, menjalankan rondaan bersama masyarakat kampung di kawasan-kawasan ‘panas’ (sering berlaku kejadian jenayah) serta mengeratkan hubungan silaturahim dengan melakukan aktiviti kebajikan dan sosial bersama penduduk kampung. 

Melalui program ini juga telah menjadi medium bagi menyampaikan mesej positif dalam konsep pencegahan jenayah yang sering diterapkan dewasa ini. Apa yang penting ialah pemupukan nilai dan sikap tanggungjawab diri perlu diambil perhatian agar matlamat dan objektif negara untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dapat dihayati bersama. 
 
Lantaran menyahut matlamat tersebut, beberapa kampung di seluruh negara telah begerak aktif dengan sukarela menjalankan rondaan taktikal pencegahan jenayah seperti Kg Panchong Lamunin, Kg Sibut Temburong, RPN Kg Panaga, Kg Sg Liang, STKRJ Seria, Kg Penanjong Tutong serta Kg Puni dan Ujong Jalan Temburong. 
 
2020-01-10 at 09.22 (3).jpeg
2020-01-10 at 09.22 (4).jpeg
Penyertaan PK yang semakin meningkat ini turut melibatkan kalangan belia-belia yang merupakan bakal peneraju dan penurus kepimpinan di masa akan datang, penerapan program PK terhadap golongan ini akan mencetuskan lagi pengaruh positif bagi sasaran melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dalam perihal keselamatan dan keamanan di negara ini



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​

Attachments