Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI SEPADU

BRUNEI MUARA, Jumaat 29 Nov - Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengetuai satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kastam Eksais Diraja (JKED) di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam.  

Semasa operasi dijalankan pihak Polis Marin berjaya menahan sebuah perahu beserta (2) orang lelaki warga tempatan. 
 
Pemandu bernama Metussin bin Rabahal berumur 51 tahun dan tidak bekerja. 
 
Manakala penumpang bernama Md Johaidin bin Hj Md Ariffin berumur 42 tahun merupakan seorang anggota beruniform. 
 
Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Polis Marin telah menemukan barangan tegahan dipercayai diseludup secara tidak sah iaitu 9 karton rokok pelbagai jenama.  
 
Kedua-dua orang tersebut ditahan dan diserahkan kepada JKED untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.  
 
Hasil siasatan pihak JKED, pemandu bernama Metussin bin Rabahal telah mengaku bersalah dan akan didakwa di bawah Bab 146 Perintah Eksais 2006 manakala penumpang dilepaskan. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan meningkatkan lagi usaha dalam menangani kegiatan-kegiatan negatif serta anasir jenayah hingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments