Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENUTUP DIKIR MAULUD PPDB

GADONG, Jumaat 8 Nov – Bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengadakan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut bermula pada 1 Rabiulawal 1441H yang lalu bertempat di Surau-surau Pasukan Polis di seluruh negara. 

Hadir bagi sama-sama menyemarakkan Majlis selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pemangku Pesuruhjaya Polis PPDB, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Hj Abd Hamid. 
 
Juga hadir ialah Pengarah-Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Para Pegawai dan anggota pangkat rendah PPDB. 
 
Majlis didahului dengan sembahyang fardhu maghrib berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong diikuti dengan bacaan dikir beramai-ramai serta diakhiri dengan sembahyang fardhu isyak berjemaah. 

Majlis Dikir Maulud merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh Badan Ugama Islam PPDB. Majlis seumpama ini diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments